Salam semua.. Entry saya kali ni tentang Big Bad Wolf saya yang pertama. Pertama kali dalam sejarah menjejaki kaki ke Pameran Buku Yang Terbesar di adakan di Malaysia. memang teruja sangat dapat ke Big Bad Wolf ni. Lama dah berangan nak datang, akhirnya pada 14 Disember 2014, tertunailah hajat saya ni...Hihi..
Big Bad Wolf ni diadakan di MIECC, The Mines Seri Kembangan. Saya ke sana dalam pukul 3 petang. Pengunjung pun boleh tahan ramainya. Bila dah sampai dalam tu, haaa mulalah rambang mata! Banyak sangat buku yang menarik. Bak kata orang, sedia duit aje..Hihi..
Kat sini saya kongsikan beberapa gambar yang sempat di snap masa tu. Buku penuh satu bakul. Nasib baik bawak beg troli, jadi takdela penat nak mengangkut buku ke atas. Heret je.. Hihihi.