Sebenarnya, inilah kali pertama saya join program seumpama ini. Wahh, memang seronok rupanya. Mula-mula tu memang rasa ragu-ragu sikit sebab tak tau nak expect apa. Maklumla, bersama nama besar dan founder Law Of Universal Attraction (LUA). Bila dah join tu, memang seronok sangat. Banyak ilmu baru yang saya dapat. Program ini sebenarnya dibawakan oleh Master Nur Zahirah untuk susur galur Shaklee beliau. Bertuah kami semua duduk di bawah beliau. Mekasih Master Ira!! Sayang kamu ketat-ketat! :)
![]() |
| Ucapan Aluan dari Master Nur Zahirah |
Banyak ilmu baru yang kami timba di sini. Bukan sahaja mengenali diri, mengenali potensi dalam diri, tetapi mendekatkan kami kepada Sang Pencipta. Ukhuwah yang terjalin kerana Dia Yang Maha Esa. Memang sangat-sangat bersyukur berada dalam grup Jutawan Bahagia ini. Semuanya wanita-wanita hebat. Yang di pilih oleh Dia untuk hadir ke program LUA Coaching ini.





