Lawatan selama 2 hari bermula pada 1hb dan 2hb Oktober 2014 yang lalu, telah disertai oleh 70 orang murid dan 5 orang guru. Kami bertolak pada 30hb September malam (Selasa) dengan menaiki 2 buah bas. Sampai di Melaka jam 5 pagi. Elok juga tu sampai awal, murid-murid pun bole berehat dan segarkan diri dulu. Kami segarkan diri di Masjid Al-Alami MITC dan bergerak ke destinasi pertama kami selepas sarapan pagi.
Agak-agak mana tempat yang dituju?? Mestilah ke A'Famosa Safari Park dan A'Famosa Waterworld. Memang gembira sakanla budak-budak ni. Cikgu-cikgunya pun apa lagi.
Setelah seharian berpenat lelah, bergembira di A'famosa, kami singgah merehatkan diri di Kompleks Rakan Muda, Alor Gajah. Kemudahan yang disediakan pun selesa. Sebelah malamnya, kami bergerak ke Bandar Hilir untuk menaiki River Boat Cruise.
Keesokkannya, kami menuju ke Kuala Lumpur untuk ke Chocolate Museum, Damansara. Di sini, murid-murid di berikan info tentang pembuatan cokelat dan demonstrasi pembuatan cokelat oleh pekerja Chocolate Museum.
Sebelah malamnya, murid-murid ini di bawa ke Times Square Theme Park. Maklumla, diaorang nak bermain-main kat dalam tu. Cikgu pun ikut sekali la, kalu tak bersuka ria la dalam tu tak nak balik. Hihiihi..
Seronok tengok budak-budak ni bermain, melepaskan tekanan. Sama la jugak dengan cikgu-cikgunya... Hihihi... Itu sahaja perkongsian ringkas saya. Kita jumpa lagi di entry akan datang ..
Salam Sayang,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan