Kenapa anda selalu pitam?
Jika anda mengalami pening, kulit menjadi sejuk, pandangan kabur atau rasa lemah badan, ia merupakan simptom pitam. Sebelum pitam, keseimbangan saraf dan peredaran darah akan berubah dan menyebabkan seseorang hilang pertimbangan sebelum jatuh pengsan.
Pitam biasanya tidak lama tetapi apabila seseorang itu pengsan (tidak sedarkan diri), situasi ini dikenali sebagai loss of consciousness yang berlaku kerana peredaran darah dan bekalan oksigen yang tidak cukup ke otak.
5 Sebab Anda Pitam
a. Persekitaran
Keadaan yang mendesak tubuh seperti berada di kawasan yang sesak, melakukan senaman berat, terlalu lapar dan haus mehupun berdiri terlalu lama dalam cuaca panas boleh menyebabkan seseorang pitam.
Terdapat sistem vasovagal yang mengawal keseimbangan hormon, emosi, saraf dan peredaran darah dalam badan kita. Apabila sistem ini terganggu, terjadilah pitam. Vasovagal syncope adalah keadaan di mana emosi tertekan mahupun rasa tidak selesa berada di khalayak ramai. Apabila emosi bercelaru, ia menghalang darah ke otak dan menyebabkan pitam. Hypoxic syncope pula berlaku kerana kekurangan oksigen.

b. Ibu Mengandung
Rahim yang membesar akan menekan saluran darah besar aorta dan inferior vena cova yang menyalurkan darah semula ke jantung serta ke otak. Perubahan dalm sistem peredaran darah ini boleh menyebabkan pitam.
c. Kurang Gula Dalam Darah
Kandungan gula sebanyak 3.5mmol/ml menyebabkan seseorang itu mula pusing kepala manakala bacaan 2.0mmol/ml pula menyebabkan pitam.
d. Hyperventilation
Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu menarik nafas pendek tetapi laju. Boleh jadi jika mereka terperanjat, stress, mengalami keresahan, rasa takut melampau dan sebagainya. Ketika situasi ini berlaku, kadar kepekatan karbon dioksida akan menurun secara mendadak dan menyebabkan pitam.
e. Masalah Jantung
Dengupan jantung yang tidak seragam dan kebocoran kecil pada dinding tengah jantung akan menyebabkan pitam secara kerap. Jika seseorang itu selalu pitam jika melakukan aktiviti berat, elokla berjumpa dengan doktor.

Apa yang perlu anda buat?
1. Jangan dudukkan mangsa.
2. Pastikan mangsa berbaring dengan aras kepala yang sama dengan jantung. Keadaan ini akan membantu aliran darah untuk ke otak.
3. Elakkan mengalas kepala orang yang pitam dengan bantal kerana ia menyebabkan aras kepala lebih tinggi dari jantung.
4. Tanggalkan atau longgarkan segera jika mangsa memakai sesuatu yang menutupi kepalanya seperti topi atau tudung.
5. Jika selesai melakukan langkah-langkah di atas, tetapi mangsa belum lagi sedar, segeralah ke hospital.
Info : Jika terpaksa duduk atau berdiri dalam tempoh yang lama, buatlah regangan dengan cara meluruskan kaki atau menyilangkannya. Pergerakan ini dapat membantu peredaran darah yang sempurna ke otak dan jantung.
Rujukan : Majalah Rapi Edisi 241 Ogos 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan