Memaparkan catatan dengan label Makanan Seimbang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan Seimbang. Papar semua catatan

Selasa, 18 November 2014

Keropok dan Hujan, Pasangan Serasi Yang Amat

Keropok. Keropok Lekor. keropok keping. Macam-macam jenis keropok. Bak kata orang Terengganu, keropok dan hujan tak dapat dipisahkan.

Nak-nak musim hujan plak nie. Kat Kemaman ni dah beberapa ari ujan tak brenti. Perut ni asyik lapar je. Haa.. nak senang, keropok la jawabnya. Makan panas-panas, tambah plak ngan air teh..umphh!!

Kat Terengganu nie, keropok memang mudah nak dapat. Pegi je mana-mana restoran, kopitiam atau kedai makan, mesti korang akan jumpa keropok ni. Tak kisah la, keropok lekor ke keropok keping ke.. Janji keropok.

Keropok Lekor

Gambar petang tadi. Pegi minum lepas cari barang untuk Majlis Persaraan Cikgu Sekolah. Ni minum kat Dinie Kopitiam, Taman Chukai Utama... Dulu dikenali sebagai Cendol Kopitiam. Kalau korang datang Kemaman, bolehlah singgah kat kopitiam nie.. Petang tadi saya order Keropok Lekor Goreng, Sotong Celup Tepung, Nasi Goreng Seafood dan Nasi Goreng Kampung.. Rasanya pun boleh tahan... !


Keropok Pilihan Saya!


 


Rabu, 5 November 2014

Tips Diet Seimbang Pemakanan Pintar

Tips Diet Seimbang Pemakanan Pintar. Ramai orang mengamalkan diet yan tidak seimbang. Mereka memakan pelbagai jenis makanan sehingga kekurangan khasiat yang perlu. Pada masa yang sama, nutrien lain pula di ambil dalam kuantiti yang berlebihan. Ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan akan muncul.

Tips Diet Seimbang Pemakanan Pintar. Cara pemakanan anda setiap hari hendaklah berpandukan Piramid Makanan yang betul.

Tips DIet Seimbang
Piramid Makanan

Aturan Pemakanan Yang Disyorkan Untuk Pemakanan Pintar

Sarapan - Makan makanan berkalori tinggi iaitu makanan yang membekalkan tenaga bagi melakukan pekerjaan.

Makan Tengahari - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan dan imbangkannya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.


Makan Malam - Kurangkan kuantiti yang dimakan.

Sumber: 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah; Dr. Mohamad Ali Toha.

Apa yang kita makan, hendaklah berpada-pada dan tidak mengikut nafsu semata-mata. Ikut Sunnah Nabi, Berhenti Sebelum Kenyang.

Fakta Tentang Diet
Pepatah Inggeris Tentang Makan

Semoga Bermanfaat !!

 
Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915


Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...