Memaparkan catatan dengan label Tips Pemakanan Diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Pemakanan Diet. Papar semua catatan

Rabu, 5 November 2014

Tips Diet Seimbang Pemakanan Pintar

Tips Diet Seimbang Pemakanan Pintar. Ramai orang mengamalkan diet yan tidak seimbang. Mereka memakan pelbagai jenis makanan sehingga kekurangan khasiat yang perlu. Pada masa yang sama, nutrien lain pula di ambil dalam kuantiti yang berlebihan. Ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan akan muncul.

Tips Diet Seimbang Pemakanan Pintar. Cara pemakanan anda setiap hari hendaklah berpandukan Piramid Makanan yang betul.

Tips DIet Seimbang
Piramid Makanan

Aturan Pemakanan Yang Disyorkan Untuk Pemakanan Pintar

Sarapan - Makan makanan berkalori tinggi iaitu makanan yang membekalkan tenaga bagi melakukan pekerjaan.

Makan Tengahari - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan dan imbangkannya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.


Makan Malam - Kurangkan kuantiti yang dimakan.

Sumber: 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah; Dr. Mohamad Ali Toha.

Apa yang kita makan, hendaklah berpada-pada dan tidak mengikut nafsu semata-mata. Ikut Sunnah Nabi, Berhenti Sebelum Kenyang.

Fakta Tentang Diet
Pepatah Inggeris Tentang Makan

Semoga Bermanfaat !!

 
Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915


Rabu, 8 Oktober 2014

Tips Awet Muda Melalui Pemakanan; Jimat dan Mudah Disediakan!

Salam semua... nak awet muda dengan kos yang rendah tetapi dapat hasil yang berbaloi-baloi?? Jom kita tengok-tengok apa yang ada di sekeliling kita....

Makanan Yang Membantu Anda Untuk Awet Muda:

1. Kacang Soya

Makanan berasaskan soya seperti tempe, air soya, tauhu dan sebagainya mengandungi isoflavon. Kandungan isoflavon mempunyai antioksida untuk menghalang radikal bebas. Maklumla, kita terdedah dengan asap rokok dan asap kenderaan sepanjang hari. Manakala kandungan protein dan lemak tidak tepu berkhasiat untuk sel-sel badan kita. Protein diperlukan untuk membina semula sel-sel badan kita yang telah rosak.

. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.

2. Brokoli

Mengandungi sulforaphane yang boleh mencegah kanser dan  menguatkan sistem ketahanan badan. Kandungan seratnya berkesan untuk mengelakkan masalah penghadaman.

Amalkan pemakanan yang seimbang dan lebihkan sayur-sayuran.

3. Bawang Putih

Kandungan allium di dalam bawang putih mampu memperkuatkan sistem ketahanan badan dan melambatkan sel kanser. Bawang putih juga berupaya menurunkan kadar kolestrol dan digunakan sebagai mencegah untuk darah tinggi.

Bawang putih mampu menurunkan kadar kolestrol dan mencegah kanser.

4. Halia

Halia mengandungi gingerol yang berfungsi untuk mencegah strok. Halia juga dikatakan mampu melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser terutamanya kanser kolorektal. Halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk membuang angin dalam badan.

Halia banyak di amalkan oleh masyarakat untuk mencegah sel-sel kanser.


Banyak lagi sayur-sayuran di sekitar dapur kita yang bole kita gunakan sebagai perisai untuk awet muda ! Kita juga boleh amalkan memakan tomato (jika nak pipi nampak pinkish macam pakai blusher..hihihi), buah anggur (sebagai penguat kolagen dalam badan kita dan juga tinggi antioksida) dan juga bunga kobis (mampu mencegah kanser payudara).

Bersenam jangan lupa !!

Selain kena menjaga pemakanan, senaman juga hendaklah di buat. At least, 30 minit sehari. Barulah dapat berat ideal yang diimpikan.. hihihi....


Katakan "TIDAK" pada TUA sebelum usia!!!


Nota Cun : ESP Soy Energising Shaklee tengah promosi kaw-kaw, beli 6 dapat 1 lagi percuma..untung bangattt!!

Semoga bermanfaat !!



Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915






Ahad, 17 Ogos 2014

Sambutan Hari Raya Membawa Muafakat 2014

Salam semua... Selamat Malam...Di sini saya kongsikan gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Raya di sekolah. Temanya 'Meriahnya Raya'... Memang meriah sangat!!


Semua guru dan murid berpakaian raya. Ada yang sedondon dari atas sampailah ke bawah. Anak-anak murid tak yah citer la...Melaram masing-masing dengan shawl dan dress. Cikgu cikgi pun amik kesempatan jugakla...Hihihii


Antara anak-anak murid yang bersiap sedia dengan pakaian raya masing.



Kami. Sempat juga berposing di Photo Booth.

Isnin, 28 Julai 2014

Tips Pemakanan Diet Ketika Musim Perayaan

Tips Pemakanan Diet Ketika Perayaan. Musim perayaan ni tentu banyak jemputan yang akan kita terima. Jemputan untuk majlis aqiqah, majlis bertunang, majlis BBQ, makan-makan bersama family. Pendek kata makan, makan dan makan. Semua jenis makanan ada, mesti anda tak tahu nak pilih yang mana satu kan?

Nasi Minyak, Rendang, Gulai Kambing, Ketupat, Lemang, Sirap Bandung...wahhhh sedapnya...terliur dah nie...Orang kata rezeki jangan ditolak....Tapi, lepas makan jangan pulak ada yang mengadu pening kepala, sakit perut, berat badan makin naik...

Di sini saya kongsikan beberapa cara pengambilan makanan untuk menguruskan badan;


1. Kurangkan makanan yang berminyak atau bergoreng. Jika makanan tersebut sangat berminyak, cuba kurangkan sambal ataupun kuah makanan tersebut.


Cara Untuk Menguruskan Badan Di Musim Perayaan


2. Kurangkan minuman manis seperti air sirap, air kotak ataupun air berkarbonat. Jika menziarahi saudara-mara ataupun kawan-kawan, minta disediakan air kosong atau teh kosong dan bukannya minuman yang manis.


3. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan. Sayur mengandungi serat yang akan menambahkan kekenyangan. Apabila memilih sayur-sayuran, cuba kurangkan sayur-sayuran yang dimasak secara berminyak.

4. Kurangkan pengambilan biskut atau kuih raya. Makanan tersebut mengandungi minyak dan gula yang terlalu banyak. 

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...