Jumaat, 18 Julai 2014

Tips Pemakanan Untuk Rambut Bersinar

Semua menginginkan rambut yang hitam, lebat, bebas kelumumur dan berseri kan?.. Pertumbuhan rambut dipengaruhi oleh pemakanan kita. Makanan yang tepat dapat menyuburkan rambut dan membuatkan rambut lebih lembut, halus dan bersinar.


Makanan yang bole diamalkan untuk rambut sihat, lembut bersinar.

1. Salmon

Ikan salmon kaya dengan asid lemak Omega 3 yang sihat untuk menyuburkan rambut. Omega 3 juga berkhasiat memberikan rambut yang bersinar dan halus. Jika tubuh anda kekurangan nutrisi Omega 3, rambut mudah rapuh sehingga menimbulkan masalah keguguran rambut.

2. Sayuran Hijau


Sayur bayam, kangkung dan sayuran hijau yang lain mengandungi jumlah Vitamin A dan C tinggi yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan rambut yang sihat dan kuat. Oleh itu, pastikan anda memasukkan sayuran hijau dalam menu harian anda.

3. Tiram

Tiram kaya dengan zink. Kekurangan zat ini boleh menyebabkan keguguran rambut. Selain rambut, kekurangan zink juga bole menyebabkan bulu mata mudah gugur serta menyebabkan kulit kepala kering dan bersisik. Walaubagaimanapun, tiram juga kaya dengan kandungan protein. Tanpa protein yang cukup, tubuh anda tidak dapat menggantikan rambut gugur setiap hari.


4. Susu Rendah Lemak

Susu rendah lemak merupakan sumber protein tinggi yang mengandungi Vitamin D dan nutiris yang diperlukan untuk kesihatan rambut. Susu rendah lemak bukan sahaja baik untuk mengawal berat badan tetapi merupakan makanan 'hebat' untuk rambut anda.

5. Kiwi



Buah kiwi bukan sahaja sedap untuk dimakan tetapi mewah dengan jumlah vitamin A yang membantu melindungi helaian rambut anda. Buah kiwi merupakan sumber makanan terbaik untuk kulit kepala.

6. Beri Biru

Buah super eksotik ini kaya dengan Vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk pengaliran darah pada pada kulit kepala.


Selamat Mencuba Kawan-kawan!


Tips ini dibawakan oleh:-


Niza
SMS/WA 013-9692915

www.facebook.com/ynzmym



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...