Memaparkan catatan dengan label Tips Kuatkan AKar Rambut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Kuatkan AKar Rambut. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Julai 2014

Tips Pemakanan Untuk Rambut Bersinar

Semua menginginkan rambut yang hitam, lebat, bebas kelumumur dan berseri kan?.. Pertumbuhan rambut dipengaruhi oleh pemakanan kita. Makanan yang tepat dapat menyuburkan rambut dan membuatkan rambut lebih lembut, halus dan bersinar.


Makanan yang bole diamalkan untuk rambut sihat, lembut bersinar.

1. Salmon

Ikan salmon kaya dengan asid lemak Omega 3 yang sihat untuk menyuburkan rambut. Omega 3 juga berkhasiat memberikan rambut yang bersinar dan halus. Jika tubuh anda kekurangan nutrisi Omega 3, rambut mudah rapuh sehingga menimbulkan masalah keguguran rambut.

2. Sayuran Hijau


Sayur bayam, kangkung dan sayuran hijau yang lain mengandungi jumlah Vitamin A dan C tinggi yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan rambut yang sihat dan kuat. Oleh itu, pastikan anda memasukkan sayuran hijau dalam menu harian anda.

3. Tiram

Tiram kaya dengan zink. Kekurangan zat ini boleh menyebabkan keguguran rambut. Selain rambut, kekurangan zink juga bole menyebabkan bulu mata mudah gugur serta menyebabkan kulit kepala kering dan bersisik. Walaubagaimanapun, tiram juga kaya dengan kandungan protein. Tanpa protein yang cukup, tubuh anda tidak dapat menggantikan rambut gugur setiap hari.

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...