Friday, 14 November 2014

Jalan-jalan Ke Kuala Gandah, Lanchang

Hello semua, perkongsian saya kali ini tentang Kuala Gandah di Lanchang, Pahang. Di sinilah letaknya Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang mana ianya menempatkan gajah-gajah liar dan gajah-gajah yang memerlukan perlindungan.

Ianya terletak 15 km dari  Pekan Lanchang dan anda bolehlah memandu sambil menikmati panorama di sepanjang jalan. Memang sesuai bagi mereka yang sukakan kehijauan dan saya amat syorkan anda datang nikmati sendiri keseronokan bersama-sama.  Banyak aktiviti yang boleh diterokai di sini bersama-sama ahli keluarga. Info Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Saya kongsikan gambar-gambar di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah untuk tatapan anda...

Pusat Konservasi Kuala Gandah
Anak Gajah yang menjadi perhatian semua.

Kuala Gandah Reservation Centre
Kanak-kanak cilik yang teruja dengan gajah.



Kuala Gandah Reservation Centre
Replika bayang gajah yang ada... Hah, bole tengok besar mana gajah tu!

Pusat Rehabilasi Kuala Gandah
Fosil yang dipamerkan di pusat ini.

Kuala Gandah Lanchang
Pengunjung  yang teruja membaca info tentang gajah.

Dah selesai  di Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, anda bolehlah singgah di Taman Rusa (Deerland Farm) yang terletak tak jauh dari situ. Memang best bawak anak-anak ke sana. Tiket masuk pun taklah mahal. Hanya RM6 bagi dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Di Taman Rusa ni ada beberapa jenis haiwan lain yang ada. Semuanya comel-comel belaka. 

Deerland Kuala Gandah


Deerland Jerantut
Ostrich Pun Ada! 


Deerland Jerantut


Deerland Jerantut

Setakat ini saja perkongsian saya pada kali ini. Anda bole alami sendiri pengalaman yang menarik ini bersama-sama rakan-rakan atau ahli keluarga. Lepas ni bolelah terus ke Bandar Temrloh untuk menjamu selera dengan ikan patin masak tempoyak... Walla...!!

Sehingga berjumpa lagi..... Assalamualaikum...


 
Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915



No comments:

Post a Comment

LinkWithin