Ahad, 12 Oktober 2014

Keropok Lekor Pilihan Ramai; Keropok Lekor BTB

Salam semua....selamat malam!! Suka tak dengan tajuk entry saya kali ini? Keropok lekor. Sapa yang tak suka makan keropok lekor kan??? Lebih-lebih lagi saya ni orang Terengganu, memang terkenal dengan keropok !! Hihihi... :)

Kali ni pilihan destinasi saya adalah Kedai Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kedai ini antara yang mendapat sambutan hangat warga Terengganu dan juga pelancong dari luar. Kalu musim cuti sekolah, huiishh tok sah cerita la... ada masa kena ambik nombor... Tak percaya?? Haa, datang sendiri dan alami sendiri.


Keropok Asli dari Terengganu
Kedai Keropok Lekor BTB dari pandangan sisi.

Kedai ni terletak di Seberang Takir, kira-kira 15 minit je dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Kalau korang dari Mydin Mall tu... terus je melalui Jambatan Sultan Mahmud kemudian ikut signboard ke Seberang Takir. Mudah sangat nak cari kedai ni. Sebab kedudukannya di tepi jalan besar.


Pelbagai kemudahan dan pelbagai jenis keropok yang korang boleh beli kat sini. Bak kata Astro, macam-macam ada..hahhaha...

Keropok yang mendapat sambutan hangat.
Antara deretan Keropok Keping yang dijual. Pilih saja nak yang mana. Ikan Tamban, Keropok Udang, Keropok Bilis. Yang penting, bawak duitnya aje buk...

Pelbagai jenis, aneka rasa
Yang ni plak, keropok lekor frozen. Macam-macam perasa, Saya recommend korang cuba Frozen Cheese. Memang terbaikkkk. Sapa yang suka adventure, bole try frozen lada itam... Meletopss!

Kemudahan
Antara kemudahan yang disediakan untuk pelanggan menjamu selera sambil menunggu keropok.

Kalau korang nak tahu, keropok Seberang Takir adalah antara keropok yang paling popular di Kuala Terengganu nie, selain di Losong. Memang best, makan panas-panas sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa..hahhaha...

Keropok Pilihan ramai
Nampak tak awek-awek comel lotey tu, haaa ni bahagian keropok rebus. Tengok tu, satu tong besar keropok yang telah direbus.  Korang jugak boleh request keropok rebus yang dah di pack untuk perjalanan jauh.

Keropok Pilihan Ramai
Ini sebahagian dari hasil tangkapan saya. Keropok frozen cheese dan keropok rebus. 

Keropok Pilihan Ramai
Ni diaaa... keropok rebus... RM 5 seplastik...yang ini kawan kirim, jadi kena anginkan dulu kasi sejuk.. Baru tahan lama.. Pastu kita masuk peti...

Sampai di sini saja destinasi pilihan saya kali ini.. Jangan lupa singgah ye kalau ke Kuala Terengganu !!

Nota Cun : ESP Soy Energising Shaklee tengah promosi kaw-kaw, beli 6 dapat 1 lagi percuma..untung bangattt!!

Semoga bermanfaat !!



Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...