Hello semua, perkongsian saya kali ini tentang Kuala Gandah di Lanchang, Pahang. Di sinilah letaknya Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang mana ianya menempatkan gajah-gajah liar dan gajah-gajah yang memerlukan perlindungan.
Ianya terletak 15 km dari Pekan Lanchang dan anda bolehlah memandu sambil menikmati panorama di sepanjang jalan. Memang sesuai bagi mereka yang sukakan kehijauan dan saya amat syorkan anda datang nikmati sendiri keseronokan bersama-sama. Banyak aktiviti yang boleh diterokai di sini bersama-sama ahli keluarga. Info Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah.
Saya kongsikan gambar-gambar di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah untuk tatapan anda...
![]() |
| Anak Gajah yang menjadi perhatian semua. |
![]() |
| Kanak-kanak cilik yang teruja dengan gajah. |






