Khamis, 31 Julai 2014

Cara Kuruskan Badan Dengan Set Kurus Shaklee

Bagaimana mahu kuruskan badan dengan mudah dan secara semulajadi? Di sini saya kongsikan tips terbaik untuk kuruskan badan dan anda mampu mendapatkan berat badan yang ideal jika di ambil secara konsisten dan juga senaman ringan.


ALFALFA UNTUK DETOKS:

Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak & lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Selain itu Alfalfa berfungsi merangsang metabolisme & memberi efek rasa 'ringan' badan.


LECITHIN / OMEGA GUARD UNTUK BAKAR LEMAK:

Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar dari badan.

Selain itu, Lecithin bagus untuk otak dan kebiasaannya selepas pengambilan Lecithin selama sebulan paras kolesterol akan turun/kembali normal.



Protein penting untuk pelihara otot dalam badan.
Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih menggeleber? 
Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot.
Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.

Kuruskan Badan Secara Semulajadi Dengan Set Kurus Shaklee. Tampil Langsing dan Menawan.

Isnin, 28 Julai 2014

Tips Pemakanan Diet Ketika Musim Perayaan

Tips Pemakanan Diet Ketika Perayaan. Musim perayaan ni tentu banyak jemputan yang akan kita terima. Jemputan untuk majlis aqiqah, majlis bertunang, majlis BBQ, makan-makan bersama family. Pendek kata makan, makan dan makan. Semua jenis makanan ada, mesti anda tak tahu nak pilih yang mana satu kan?

Nasi Minyak, Rendang, Gulai Kambing, Ketupat, Lemang, Sirap Bandung...wahhhh sedapnya...terliur dah nie...Orang kata rezeki jangan ditolak....Tapi, lepas makan jangan pulak ada yang mengadu pening kepala, sakit perut, berat badan makin naik...

Di sini saya kongsikan beberapa cara pengambilan makanan untuk menguruskan badan;


1. Kurangkan makanan yang berminyak atau bergoreng. Jika makanan tersebut sangat berminyak, cuba kurangkan sambal ataupun kuah makanan tersebut.


Cara Untuk Menguruskan Badan Di Musim Perayaan


2. Kurangkan minuman manis seperti air sirap, air kotak ataupun air berkarbonat. Jika menziarahi saudara-mara ataupun kawan-kawan, minta disediakan air kosong atau teh kosong dan bukannya minuman yang manis.


3. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan. Sayur mengandungi serat yang akan menambahkan kekenyangan. Apabila memilih sayur-sayuran, cuba kurangkan sayur-sayuran yang dimasak secara berminyak.

4. Kurangkan pengambilan biskut atau kuih raya. Makanan tersebut mengandungi minyak dan gula yang terlalu banyak. 

Sabtu, 26 Julai 2014

7 Sebab Kenapa Perlu Mengambil Suplemen

Kenapa kita perlu mengambil suplemen dalam kehidupan seharian kita? Di sini saya kongsikan sebab-sebab perlunya suplemen atau vitamin untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup kita.



  • Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati daripada pemakanan.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.

  • Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa dan mengabaikan diet seimbang.
  • Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan; akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam secara berlebihan.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya.

Jumaat, 25 Julai 2014

Cara Atasi Gastrik Ketika Berpuasa

Adakah anda selalu mendapat gastrik? Bagaimanakah cara untuk mengatasi gastrik ketika berpuasa? Sebelum itu jom kenali jenis-jenis gastrik.




Terdapat 2 jenis gastrik iaitu gastritis dan ulser perut.



1. Gastritis - keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut.

2. Ulser perut - peptic pada lapisan sel yang lebih dalam atau teruk daripada gastritis.

Pesakit biasanya akan mengalami pedih ulu hati yang kemudiannya merebak ke bahagian dada yang boleh mendatangkan rasa loya, muntah dan pening. Jika amalkan kaedah pemakanan yang betul, anda tidak akan menghadapi masalah untuk berpuasa.

Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu Idaman Semua

Inginkan kulit yang cantik dan berseri? Di sini saya kongsikan beberapa vitamin yang sesuai di ambil bagi mendapatkan kulit yang cantik dan berseri serta gebu.

Set Kecantikan Kulit Shaklee

Set Kecantikan Kulit membantu anda untuk medapatkan kulit yang bersih , bebas jerawat dan jeragat jika diamalkan secara konsisten.

Vitamin E

  • Sebagai anti oksida untuk melawan radikal bebas yang merosakkan kulit
  • Memperbaiki parut
  • Mengurangkan jerawat
  • Melambatkan penuaan
  • Memulihkan tekstur kulit
  • Mengurangkan kedut dan garis halus

B Kompleks

  • Melembapkan kulit
  • Anti Stress (Punca Jerawat)
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menaikkan seri muka
  • Menggalakkan pembentukan sel baru bagi menggantikan sel lama/rosak

Selasa, 22 Julai 2014

Cara Mengatasi Gemuk Air Dengan Shaklee

Bagaimana cara untuk mengatasi gemuk air ini? Istilah 'gemuk air' biasanya digunakan untuk golongan yang kurang minum air dan juga golongan yang kurang bersenam dan berpeluh. Gemuk air juga berpunca daripada tabiat meminum air masak melebihi 20 gelas setiap hari, iaitu melebihi jumlah air yang telah disarankan iaitu 8 hingga 10 gelas sehari.



Cara diet  biasa bagi orang yang gemuk air ialah dengan mengambil sayur-sayuran dan dan oat. Namun begitu setiap 3 sudu besar oat mengandungi 75 kcal jika di masak dengan air kosong. Amalan diet bagi makanan yang berkalori rendah menyebabkan metabolisme anda menurun dan sistem membakar lemak badan terganggu.

Cara Mudah Mengatasi Gemuk Air Dengan Shaklee.

Isnin, 21 Julai 2014

Tips Turunkan Berat Badan Dengan Soya

Anda mahu turunkan berat badan? Masih mencari-cari minuman yang sesuai? Susu soya membantu menurunkan berat badan dengan capat dan berkesan. Susu soya mengandungi karbohidarat, serat alami, Vitamin A, B Kompleks, E dan K. Susu soya juga kaya dengan protein dan asid lemak essential. 

Protein dalam susu soya sangat tinggi sehingga boleh menampung keperluan protein harian tubuh anda. Uniknya, protein dalam susu soya memiliki kandungan lemak yang rendah sehingga tidak akan meningkatkan berat badan. Asid lemak tidak tepu dalam susu soya mampu mempercepatkan penyerapan lemak di bahagian usus. Ini tentunya dapat membantu proses diet anda.


Di sini saya kongsikan satu cara mudah untuk turunkan berat badan secara ideal.

Hanya dengan pengambilan ESP ( Protein Soya Shaklee) anda mampu langsing dengan cepat dan mudah.

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...