Sabtu, 3 Disember 2016

Patin Masak Tempoyak Versiku....

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera semua..

Kali ni akak nak tepek sikit pasal patin tempoyak nie..
Ni pun cuba-cuba masak je.. Sambil resepi belajar dengan member..
Nak kata sedap tu idokla, tapi bole la nak tampung perut yang keroncong.. hihi


Akak ni tak berapa makan pedas dan akak suka kuah dia cair, tak pekat. Ikut selera memasing. Versi akak ni memang kurang pedas, budak-budak pun bole makan.. hehe

Ni akak share resepi yang tak seberapa nie..Kalau nak cuba silakan. Tapi, AWAS.... akak main campak-campak je.. sesedap rasa anak tekak.. hihi


PATIN MASAK TEMPOYAK VERSIKU

Bahan-bahan :

4 ketul Ikan patin 
3 sudu besar Tempoyak
2 inchi Kunyit hidup
4-7 batang Cili api
Asam keping 
Air secukupnya
Bunga kantan
Daun kesum
Sedikit garam

Cara-cara :

1. Tumbuk halus atau kisar kunyit hidup dan cili api. Akak suka tumbuk, Aromanya lain macam bila kita guna lesung ni. Hahaha..
2. Kemudian, masukkan air ke dalam periuk. Letak atas api. Biarkan mendidih.
3. Letakkan bahan yang telah ditumbuk halus tadi. Kacau-kacau.
4. Pastu baru akak masukkan ikan. (ikan akak beli ni saiz besar, so 4 ketul dah cukup dah). Dah nampak ada buih-buih melompat masukkan tempoyak dan asam keping. (akak masuk sekeping aje asam keping saiz sedang). Kacau.
5. Dah menggelegak, masukkan bunga kantan dan daun kesum. (daun kesum akak suka letak banyak, bunga kantan akak letak satu aje. Maklumla, bunga kantan mahal time akak masak ni.)
6. Perisakan dengan garam. Biarkan seketika. (dalam 5 minit). Pastu bole la hidang.

Maklumla, dah semerbak  bau tempoyak kan?? Hidang pastu ngap. Hihi.. Sekian la resepi akak yang sempoi nie. 


Selamat mencuba...!! 

Konon-konon tukang masak, sambil jual Shaklee
Yusniza

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...