Ahad, 10 Ogos 2014

Kolestrol ; Penyebab Utama Sakit Jantung?

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Kandungan kolestrol yang tinggi memberi impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular.



Apa Itu Kolestrol?

Kolestrol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pemmbentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua Sumber Utama Kolestrol


Kolestrol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolestrol yang anda makan akan meningkatkan paras kolestrol darah anda. Kandungan  kolestrol yang terlalu tinggi akan meingkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.


Bagaimana Kolestrol Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?




Terdapat dua jenis kolestrol utama dalam darah anda:

  • LDL (Lipoprotein Ketumpatan Rendah)
  • HDL (Lipoprotein Ketumpatan Tinggi)

LDL dikenali sebagai kolestrol 'jahat' kerana paras kolestrol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Manakala, kolestrol HDL dikenali sebagai kolestrol 'baik' kerana ia membantu mengangkut kolestrol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. HDL berperanan untuk 'membersihkan' saluran darah.


Untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolestrol HDL yang tinggi dan paras kolestrol LDL yang rendah.



Awas! Penyakit-Penyakit Utama Akibat Kolestrol Tinggi !

Jika anda mempunyai tinggi kolestrol;

  • Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
  • Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
  • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual

Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolestrol?




Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah punca terjadinya masalah kolestrol tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolestrol tidak melebihi 300mg sehari, bagi yang mengidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolestrol kurang daripada 200mg sehari.

Cuba bayangkan berapa mg kolestrol yang kita dah ambil dalam satu hidangan?

Bertindaklah hari ini! 

Cara untuk Merendahkan Paras Kolestrol Darah Anda Secara Semulajadi.

  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
  • Lakukan senaman lebih kerap.
  • Turunkan berat badan.
  • Tambahkan Pengambilan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.


PhytocolST, produk terbaru dari Shaklee. Ianya membekalkan 2000mg Fitosterol sehari. Dapatkan PHYTOCOL ST Shaklee hari ini ! Rasai perubahannya!







Shaklee Independent Distributor

SMS/WA 013-9692915

www.facebook.com/ynzmym

Shaklee Kemaman, Kerteh dan Kuala Terengganu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...