Rabu, 26 November 2014

Vivix Shaklee Bantu Pulihkan Tenaga

Banyak betul kebaikan Vivix Shaklee ni. Salah satunya nak membantu kita rasa lebih cergas dan bertenaga.

Terjaga dari tidur badan rasa kurang sihat, sakit tekak dan selsema. Apalagi, pagi tadi sebelum breakfast amik sesudu Vivix campurkan dalam segelas air. Sambil tu, saya campurkan satu sachet Collagen Powder Shaklee. Orang kata, 2 dalam 1 gitu. Kekal cergas dan awet muda.


Vivix Shaklee mengandungi Polygonum Cuspidatum yang kaya dengan resveratrol. Resveratrol berupaya membantu menyokong pertahanan selular, membaiki DNA dan meningkatkan tenaga
di peringkat selular.


Vivix Shaklee cara saya..Mudah dan Cepat!!

Anda pun boleh mencubanya...

 
Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915

Selasa, 25 November 2014

Vision Board : Semoga Impian Menjadi Kenyataan

Vision Board, impian menjadi nyata. Salam semua rakan-rakan. Hari ini nak bercerita sikit pasal vision board ni. Apa vision board ni sebenarnya? Saya pun baru aje kenal dengan vision board nie, sejak join Shaklee. Hihhi..

What is a Vision Board?

vision board is a tool used to help clarify, concentrate and maintain focus on a specific life goal. Literally, a vision board is any sort of board on which you display images that represent whatever you want to be, do or have in your life. 
(http://www.makeavisionboard.com/what-is-a-vision-board.html)

Vision Board adalah satu alat yang kita gunakan untuk mencapai impian kita. Kita akan tengok sepanjang masa dan berusaha dengan tekun untuk mencapai impian tersebut. Vision Board kita mestilah spesifik dan boleh dicapai. Contohnya, saya akan lulus Ujian Aptis (British Council) dengan Gred C2 pada bulan April 2015.
Vision board ni saya sempat siapkan masa Program LUA Bersama Ateh Zuhairi baru-baru ini. Sebahagian dari impian saya yang saya terjemahkan dalam bentuk gambar. Barulah ada semangat nak mencapainya. Vision Board ni saya print dan tampal di dinding. Hari-hari bole nampak dan visualise apa yang saya nak. Secara tak langsung, ianya akan terus berlegar dalam minda kita. Bila nampak aje VB nie, saya akan lebih fokus dan usaha lebih kuat lagi.
My Vision Board
Vision Board Yang Akan Dicapai Dengan IzinNya

Saya amat syorkan pada semua supaya buat Vision Board nie. Lebih-lebih lagi adik-adik yang akan menduduki peperiksaan. Masukkan juga elemen spiritual bagi kita yang beragama Islam. Bagi yang dah ada Vision Board ni, TAHNIAH saya ucapkan. Semoga kita menjadi hambaNYA yang berjaya dan bahagia.
Impian menjadi kenyataan! 

 
Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915

Isnin, 24 November 2014

Herb Lax Shaklee Untuk Cuci Usus, Detoks

Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi ususHerb-Lax Shaklee bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.

Herb Lax Shaklee
Mengandungi 120 biji tablet 


Manfaat Utama Herb Lax Shaklee:-

Pembersihan najis yang tersekat.
Membantu masalah sembelit
Mengempiskan perut
Merangsang usus untuk mempercepatkan pembersihan secara lembut kepada yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai teh herba.
Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.

Herb-Lax mengandungi 9 herba semulajadi untuk menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut.

Ahad, 23 November 2014

12 Wanita Hebat Jutawan Bahagia Bersama Ateh

12 Wanita Hebat Bakal Jutawan Bahagia. Menarik sungguh entry kali ni ya. Kenapa wanita hebat?? Kerana, mereka semua hadir dengan penuh keazaman dan iltizam ke Program LUA Coaching Bersama Ateh @ Zuhairi Nopiah di Suria Cherating Beach Resort. Program selama dua hari ini berlangsung dengan suasana happy dan santai tapi penuh ilmu pada 21 dan 22 November 2014 yang lepas.

Sebenarnya, inilah kali pertama saya join program seumpama ini. Wahh, memang seronok rupanya. Mula-mula tu memang rasa ragu-ragu sikit sebab tak tau nak expect apa. Maklumla, bersama nama besar dan founder Law Of Universal Attraction (LUA). Bila dah join tu, memang seronok sangat. Banyak ilmu baru yang saya dapat. Program ini sebenarnya dibawakan oleh Master Nur Zahirah untuk susur galur Shaklee beliau. Bertuah kami semua duduk di bawah beliau. Mekasih Master Ira!! Sayang kamu ketat-ketat! :)

Master Nur Zahirah Kemaman
Ucapan Aluan dari Master Nur Zahirah 

Banyak ilmu baru yang kami timba di sini. Bukan sahaja mengenali diri, mengenali potensi dalam diri, tetapi mendekatkan kami kepada Sang Pencipta. Ukhuwah yang terjalin kerana Dia Yang Maha Esa. Memang sangat-sangat bersyukur berada dalam grup Jutawan Bahagia ini. Semuanya wanita-wanita hebat. Yang di pilih oleh Dia untuk hadir ke program LUA Coaching ini. 

Khasiat Epal Untuk Cegah Penyakit

Khasiat Epal Untuk Mencegah Penyakit. Pernah tak kita terfikir tentang pepatah Inggeris "An apple a day keeps the doctor away.." Kenapa mesti epal?? Kenapa tak buah yg lain??


Yelah kan, kalau korang perasan, mak ayah kita dulu mesti akan beli buah epal. Tak kisahlah epal hijau ke merah. Yang pasti, ayah saya mesti akan beli buah epal kalau balik dari pasar. Banyak rupanya khasiat epal ni ye!


Buah epal dikatakan memiliki sifat sejuk. (bukan sebab duk dlm peti ais ye..!)... Jangan senyum, baca jer... Dengan meminum Jus epal, dikatakan dapat meningkatkan daya tahan badan. Ia juga membantu menurunkan kadar kolestrol, meneutralkan toksik, sihatkan jantung dan pembuluh darah serta mampu mencegah barah.

Jadi, pastikan sebiji epal sehari atau jus epal dalam hidangan anda! Moh pegi cari epal sekarang!!
Khasiat Epal


 
Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915

Rabu, 19 November 2014

Air Bagus Untuk Pencernaan

Air masak memang bagus untuk pencernaan. Sedar atau tidak, badan kita memang perlukan air untuk proses pencernaan. Kenapa agaknya ya??

AIr untuk pencernaan.
Ini kerana penyahhidratan atau kekurangan air dalam badan kita boleh melambatkan proses pencernaan. Tak pasal-pasal dapat sembelit nanti. Sebab tu la kita kena pastikan badan dapat air yang secukupnya

Pastu, kalau makan jangan bersulam dengan air...(saya pun buat jugak kadang-kadang)..hihihii..ini akan menyebabkan fungsi enzim pencernaan terganggu. Sebab tu lah, kita disyorkan minum air sekurang-kurangnya 20 minit sebelum makan dan setengah jam selepas makan... Haa...barulah mantop!!..Tiada lagi masalah pencernaan, tiada lagi masalah sebu perut, ... Masalah perut buncit pun takde.. hihihi..

Meh pakat-pakat minum air masak secukupnya...Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari... Barulah ohsem tindakbalas dengan badan kita. Makanan pun boleh dicerna dengan mudah... Betul tak??



 



Shaklee Independent Distributor
ID : 1077459


Selasa, 18 November 2014

Keropok dan Hujan, Pasangan Serasi Yang Amat

Keropok. Keropok Lekor. keropok keping. Macam-macam jenis keropok. Bak kata orang Terengganu, keropok dan hujan tak dapat dipisahkan.

Nak-nak musim hujan plak nie. Kat Kemaman ni dah beberapa ari ujan tak brenti. Perut ni asyik lapar je. Haa.. nak senang, keropok la jawabnya. Makan panas-panas, tambah plak ngan air teh..umphh!!

Kat Terengganu nie, keropok memang mudah nak dapat. Pegi je mana-mana restoran, kopitiam atau kedai makan, mesti korang akan jumpa keropok ni. Tak kisah la, keropok lekor ke keropok keping ke.. Janji keropok.

Keropok Lekor

Gambar petang tadi. Pegi minum lepas cari barang untuk Majlis Persaraan Cikgu Sekolah. Ni minum kat Dinie Kopitiam, Taman Chukai Utama... Dulu dikenali sebagai Cendol Kopitiam. Kalau korang datang Kemaman, bolehlah singgah kat kopitiam nie.. Petang tadi saya order Keropok Lekor Goreng, Sotong Celup Tepung, Nasi Goreng Seafood dan Nasi Goreng Kampung.. Rasanya pun boleh tahan... !


Keropok Pilihan Saya!


 


Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...