Friday, 25 July 2014

Cara Atasi Gastrik Ketika Berpuasa

Adakah anda selalu mendapat gastrik? Bagaimanakah cara untuk mengatasi gastrik ketika berpuasa? Sebelum itu jom kenali jenis-jenis gastrik.




Terdapat 2 jenis gastrik iaitu gastritis dan ulser perut.



1. Gastritis - keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut.

2. Ulser perut - peptic pada lapisan sel yang lebih dalam atau teruk daripada gastritis.

Pesakit biasanya akan mengalami pedih ulu hati yang kemudiannya merebak ke bahagian dada yang boleh mendatangkan rasa loya, muntah dan pening. Jika amalkan kaedah pemakanan yang betul, anda tidak akan menghadapi masalah untuk berpuasa.





Cara Mencegah Gastrik Ketika Berpuasa


Jangan bersahur sebelum tidur, seeloknya bersahur pada waktu menjelang imsak.

Ketika berbuka, makanlah secara sederhana kerana makan berlebihan boleh menyebabkan rasa sebu pada ulu hati.

✐ Elakkan minum kopi atau teh kerana minuman ini mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kalenjar jus gastrik menjadi lebih aktif.

Tekanan emosi juga merupakan punca penyebab gastrik. Ia berlaku akibat daripada sistem hormon dan saraf yang terganggu. Oleh itu, cuba kawal tekanan emosi sewaktu berpuasa.

✐ Elakkan tidur selepas bersahur kerana ini boleh menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.

Jauhi daripada makanan yang mengandungi lemak berlebihan.


Selamat mencuba.



Niza
SMS/WA 013-9692915




No comments:

Post a Comment

LinkWithin