Isnin, 15 September 2014

Petua Hilangkan Parut Jerawat, Gatal-Gatal dan Selaran Matahari (Sunburn)

Parut di bahagian muka atau badan akibat dari jerawat, gatal-gatal disebabkan allergik atau parut akibat selaran matahari akan bertukar menjadi kehitaman. Wajah akan nampak kusam dan tidak bermaya. Bergitu juga dengan kulit yang lain.

Parut terbentuk dari proses penyembuhan luka secara semulajadi. Sebab tu la bila jerawat dah mulai kering, ia akan meninggalkan kesan hitam.


:::Petua Hilangkan Parut Jerawat, Gatal-Gatal dan Selaran Matahari (Sunburn):::


[Daun Lidah Buaya]

- Digunakan sejak zaman dahulu lagi.
- Mempunyai asid amino dan lignin yang amat baik untuk merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baharu.
- Amik beberapa helai daun lidah buaya, kemudian ambil lendirnya.
- Sapukan lendir tersebut pada parut atau kulit wajah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.


[Kulit Kayu Manis]

- Kisar atau lumatkan beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan bersama sedikit air dan sapukan pada parut.
- Merupakan sejenis rempah ratus untuk menambah perasa dalam makanan. 
- Dikatakan mempunyai khasiat terutama pada kulit kerana mampu melancarkan peredarah darah serta menyalurkan nutrien ke bahagian kulit.
- Juga bertindak sebagai antiseptik semulajadi untuk membunuh kuman akibat luka dan ejen menghilangkan parut.


[Masker Timun]

- Kandungan timun yang kaya dengan potassium, magnesium dan silikon serta vitamin A,B dan C amat baik untuk kulit.
- Ambil sebatang timun dan kisar timun tersebut. Oleskan timun yang dikisar tadi ke kawasan berparut. 
- Oleskan juga pada kulit wajah yang terkena selaran matahari. Biarkan selama 20-30 minit, kemudian bilas. Lakukan setiap hari.
- Hirisan timun juga boleh digunakan untuk mencantikkan mata serta menghilangkan masalah mata sembab.

Pelbagai cara yang jimat dan mudah untuk hilangkan parut pada wajah atau badan anda. Semuanya sudah tersedia di dapur anda. Yang penting kenalah rajin!! Iya dok?? Hiihhii



Sumber : Utusan Malaysia, 30 Ogos 2014





Inginkan harga istimewa dan daftar keahlian dari NizaHealth?

Hubungi : 

SMS/WA 013-9692915
Shaklee Kemaman/Kuala Terengganu
Pos Seluruh Malaysia






3 ulasan:

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...