Saturday, 8 November 2014

8 Bahan Paling Mudah Untuk Sihat dan Cantik

8 bahan yang paling mudah dan selamat untuk memiliki kulit cantik dan berseri. Semua bahan-bahan ini boleh didapati dari dapur korang ye. Memang dijamin selamat!!

1. Lengkuas

Lengkuas berupaya untuk merawat penyakit limpa bengkak. Caranya mudah saja, rebus dua lengkuas sebesar ibu jari, tiga temu lawak sebesar ibu jari, segenggam daun dukung anak (segar atau kering) dan masukkan semua bahan dalam periuk yang mengandungi tiga cawan air. Biarkan sehingga mendidih.

Minum dua kali sehari. Ianya juga berupaya meningkatkan peredaran darah dalam tubuh. Selain itu, untuk mencegah rasa mual dan mabuk laut, kunyah hirisan lengkuas  segar hingga rasa mual hilang.

Daun Dukung Anak
Daun Dukung Anak
2.  Buah Pala

Buah pala dikatakan elok untuk mengeluarkan angin dalam perut. Haa...lepas nie, kena cari buah pala nie..

3. Limau Purut

Limau Purut mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga membantu merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa berta merangsang perjalanan darah. Petua orang lama, sapu limau purut pada kulit kepala mampu menghilangkan kelumumur.

4. Serai

Serai mempunyai ciri-ciri anti kulat yang amat sesuai untuk mereka yang nak turunkan berat badan. Ianya juga digunakan untuk melancarkan pembuangan air kecil, membaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh. Lepas ni kalau pegi restoran, jangan lupa mintak Air Limau Berserai atau Air Teh berserai ye!!
Serai Untuk Membaiki Aliran Darah
Serai

5. Halia

Ekstrak halia digunakan secara meluas dalam perubatan moden dan tradisional. Ia digunakan untuk membantu penghadaman, melegakan perut kembung, melegakan demam dan merawat resdung. Sebab tu saya suka minum teh halia. Keluar semua angin pus-pus... Hihihi

6. Daun Pudina

Daun pudina juga baik untuk mengurangkan masalah ketidakhadaman, sakit kepala, jerawat, masalah mulut berbau serta mengurangkan masalah kemurungan.

7. Cengkih

Juga berupaya membantu  mengatasi masalah kembung perut, masuk angin, sakit kepala, dan demam campak. Ia juga berfungsi memberi kesan yang hangat bagi menjadi perangsang untuk antiseptik.

8. Avacado

Buah avocado mengandungi kandungan gula yang rendah dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin C,E dan K. Ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi, serangan jantung dan kanser. Korang bule amalkan sebiji avacado sehari dan bole jugak cuba jus avacado sendiri.

Bahan-bahan dari dapur
Bahan-bahan yang digunakan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan

Itu antara 8 bahan yang paling mudah dan senang untuk kekal sihat dan cantik. Bahan yang korang boleh cari sendiri kat dalam peti ais korang.

Semoga Bermanfaat!!

 
Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915

1 comment:

LinkWithin