Tuesday, 18 November 2014

Keropok dan Hujan, Pasangan Serasi Yang Amat

Keropok. Keropok Lekor. keropok keping. Macam-macam jenis keropok. Bak kata orang Terengganu, keropok dan hujan tak dapat dipisahkan.

Nak-nak musim hujan plak nie. Kat Kemaman ni dah beberapa ari ujan tak brenti. Perut ni asyik lapar je. Haa.. nak senang, keropok la jawabnya. Makan panas-panas, tambah plak ngan air teh..umphh!!

Kat Terengganu nie, keropok memang mudah nak dapat. Pegi je mana-mana restoran, kopitiam atau kedai makan, mesti korang akan jumpa keropok ni. Tak kisah la, keropok lekor ke keropok keping ke.. Janji keropok.

Keropok Lekor

Gambar petang tadi. Pegi minum lepas cari barang untuk Majlis Persaraan Cikgu Sekolah. Ni minum kat Dinie Kopitiam, Taman Chukai Utama... Dulu dikenali sebagai Cendol Kopitiam. Kalau korang datang Kemaman, bolehlah singgah kat kopitiam nie.. Petang tadi saya order Keropok Lekor Goreng, Sotong Celup Tepung, Nasi Goreng Seafood dan Nasi Goreng Kampung.. Rasanya pun boleh tahan... !


Keropok Pilihan Saya!


 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin