Khamis, 25 Disember 2014

14 Tips Elakkan Sakit Musim Hujan

Salam semua, musim hujan dah tiba. Pantai Timur dah dilanda banjir yang agak teruk. Cuaca plak tak menetu. Kejap hujan, kejap mendung dan kadang-kadang panas. Di sini, saya letakkan 14 Tips Nak Elakkan Ditimpa Sakit Waktu Hujan. Tips ni saya ambil dari Majalah Rapi, Keluaran Disember.

14 Tips Elakkan Sakit Musim Hujan

1. Mandi Segera

Segerakan mandi dan bersihkan diri jika anda terkena hujan. Jika anda mudah terkena penyakit cepat-cepatlah mandi apabila sampai di rumah.

2. Sediakan Air Suam

Sediakan minuman panas untuk menjaga suhu badan. Ini kerana, usai mandi, badan anda kesejukan dan ketahanan badan menurun.

3. Bersihkan Tangan dan Berus Gigi

Biasakan diri untuk membasuh tangan setiap kali hendak menjamah makanan atau selepas keluar dari tandas. Ini kerana, badan anda mudah terdedah kepada kuman atau bakteria. Amalkan juga memberus gigi sebelum tidur untuk mencegah kerosakan gigi dan gusi bengkak.

4. Minum Air

Air Masak
Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air masak setiap hari untuk mengelakkan badan anda dehidrasi. Oleh kerana hujan2 ni sejuk, tentu ramai antara kita yang malas nak minum air kan?
5. Jangan Berjaga Malam

Tidurla awal bagi mengembalikan ketahanan badan dan memulihkan stamina.

6. Pengambilan Makanan Sihat

Pastikan anda mengambil makanan berkhasiat sepanjang musim hujan. Pengambilan sup atau sayuran akan menjaga suhu badan anda.

7. Makan Yogurt

Kandungan khasiat yang ada dalam yogurt mampu menguatkan lagi ketahanan badan. Yogurt dikatakan mampu melawan penyakit dan melawan virus pada sel darah putih. Ianya juga bagus untuk mereka yang berdiet.

8. Ambil Makanan Kaya Vitamin C

Vitamin C menjadi perisai segala penyakit. Oleh sebab itulah dengan mengambil buah dan sayuran yang kaya dengan Vitamin C, ianya membuat badan anda lebih kuat dan sihat, bebas dari penyakit.

Vitamin C Dengan Oren

9. Makan Ikan

Jangan lupa pilihlah ikan sebagai hidangan anda. Ini kerana asid lemak Omega 3  dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. 

10. Senaman Setiap Pagi

Jangan abaikan senaman ketika hujan. Ini kerana badan memerlukan banyak pergerakan untuk anda aktif dan melawan penyakit.

Senaman
Bersenam 30 minit sehari pun dah ok !

11. Aliran Udara Yang Baik

Buka sedikit tingkap untuk mendapatkan udara yang segar dan pengaliran udara di dalam rumah berjalan dengan baik.

12. Mandi Malam Dengan Air Suam

Mandi dengan air suam mampu merehatkan otot-otot yang tegang dan stress selepas seharian bekerja dan mengharungi hujan.

13. Sediakan Payung

Pastikan anda membawa payung ketika hujan. Sediakan payung atau baju hujan di dalam kereta atau motorsikal anda.

14. Jaga Kebersihan Rumah

Elakkan kawasan rumah anda bertakung dan pastikan sampah dibersihkan. Ini untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

Itulah dia 14 Tips yang anda boleh gunakan ketika hujan. Musim banjir ni tak kenal siapa. Jadi, jagalah kesihatan anda dan keluarga. Elakkan diri dari terdedah kepada hujan. Jika tidak, sediakan payung dulu sebelum hujan turunnn...


 
Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915
Shaklee Kemaman/Kuala Terengganu
Pos Seluruh Malaysia

1 ulasan:

  1. Part mandi memang betul sangat2.. kalau tak mandi terus.. lebih senang mendapat penyakit..

    BalasPadam

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...