Isnin, 29 Disember 2014

Banjir Pantai Timur:Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban

Salam semua.. lama tak post kat sini kan? Kita semua dah maklumkan,  Pantai Timur dilanda banjir besar. Walau pun kampung saya tak terlibat dengan banjir, memang rasa terkesan jugak kat saya.

Pengalaman masa mengajar di Chenor, Pahang pada 2007, sekolah saya dinaiki air hingga ke tingkat satu. Memang banjir lumpur orang kate.  Semua barang keperluan dalam kelas rosak teruk.  Kami ambil masa jugak nak pulihkan kembali keadaan kelas ketika itu.

Alhamdulillah jugak banyak bantuan yang diterima oleh murid-murid mangsa banjir ini.  Banyak pihak seperti NGO dan pihak korporat yang datang menghulurkan sumbangan berupa kelengkapan alatulis, uniform sekolah dan juga bantuan lain.  Syukur sangat. Sekurang-kurangnya dapat ringankan beban keluarga yang terlibat.

+++++++++++++++++++++++++ 


Bagi anda di luar sana yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir 2014, sekarang ni banyak pusat pengumpulan bantuan banjir yang telah diwujudkan. Sumbanglah seikhlas hati anda. Lebih banyak yang anda beri, banyak yang anda dapat. 

Bantuan Banjir 2014
Ayuh!Salurkan Sumbangan Anda Kepada Pihak Yang Memerlukan.

 
Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915
Shaklee Kemaman/Kuala Terengganu
Pos Seluruh Malaysia (PosLaju/Gdex)

3 ulasan:

  1. Kalau boleh sumbanglah barang yang mudah untuk mangsa banjir gunakan seperti biskut dan selimut. Semoga semuanya dipermudahkan.

    BalasPadam
  2. Betul tu En. Norzali, jgn lupa barang keperluan diri untuk mangsa banjir ini. Besar manfaatnya kepada mereka.

    BalasPadam
  3. Semoga banjirnya segera diatasi ya...

    BalasPadam

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...