Isnin, 8 Disember 2014

Madu dan Pemakanan Dalam Kehidupan

Madu adalah salah satu bahan yang mesti ada dalam dapur kita. Banyak kebaikan madu untuk kesihatan dan juga kecantikan. Di sini saya kongsikan sedikit fakta mengenai madu, untuk bacaan anda semua.

Fakta ini saya petik dari buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah, oleh Dr. Mohammad Ali Toha, terbitan PTS.

Madu mengandungi pelbagai enzim yang bermanfaat bagi menjaga kesihatan dan mengubati penyakit. Antara enzim itu ialah:
Madu Lebah

1. Diastase - mengubah polisakarida menjadi monosakarida.

2. Invertase - mengubah glukosa menjadi fruktosa

3. Glukosa oksidase - mengubah glukosa menjadi asid peroksid.

4. Peroksidase - menjalankan proses oksidasi metabolik.

5. Lipase - memecahkan lemak kompleks menjadi asid lemak.

Semua enzim itu bermanfaat bagi tubuh. Bagi memastikan enzim di dalam madu tidak rosak, pastikan ianya disimpan dengan betul.

Madu Asli atau Tidak?

Macam mana nak tahu madu yang anda beli itu asli atau campuran? Ada yang mengatakan semut menghurung madu asli. Cara yang betul bagi menguji keaslian madu adalah dengan mengukur keasidannya. PH bagi madu asli adalah antara 3.4 dan 4.5. Apabila dititiskan ke atas surat khabar, ia tidak mudah diserap.

Oleh itu, hati-hati dengan penjualan madu yang tidak asli. Bukan apa, nanti manfaat yang anda dapat tidak sama dengan apa yang anda harapkan.

Manfaat Madu

Madu dapat menyembuhkan luka. Ini kerana madu bersifat higroskopis iaitu dapat menyerap kotoran nanah ataupun serum. Antibiotik yang terkandung di dalam madu dapat membunuh kuman dalam luka. 

Caranya ialah :

1. Membersihkan luka dengan air suam.

2. Sapu madu pada luka.

3. Biarkan sekurang-kurangnya dua jam.

Madu juga mengeringkan bisul. bagi luka dengan kehilangan jaringan granulosa, madu terbukti dapat merangsang pertumbuhan jaringan granulosa.

Selain itu, madu juga digunakan secara meluas untuk sakit tekak atau batuk. Madu juga digunakan untuk merawat sakit perut akibat cirit-birit. Sekarang ini, madu juga digunakan dalam bidang kecantikan. 

madu

 
Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...