Selasa, 30 Disember 2014

Rahsia Meminum Air Masak Secukupnya

Air Masak

Mengapa Air Penting?


1. Untuk memastikan air dalam tubuh sentiasa mencukupi bagi mengawal suhu badan pada tahap normal.

2. Memastikan organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa lembap dan berfungsi dengan baik.

3. Membantu buah pinggang dan hati menyingkirkan toksin dan bahan kumuhan dengan efisien.

4. Bertindak sebagai pembawa nutrien dan oksigen ke semua sel dalam badan.

5. Pelincir sendi untuk mengelakkan masalah sakit sendi dalam jangka masa panjang.

6. Melarutkan mineral dan nutrien supaya mudah diserap.

7. Melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit.


Kelebihan Minum Air Masak

✎ Menyahtoksikkan badan dengan cara semulajadi dan menjadikan badan lebih sihat.

✎ Kulit sentiasa lembap dan segar.

✎ Kekal awet muda dengan melambatkan pengecutan kulit.

✎ Badan lebih cergas dan ringan.

✎ Bantu mengurangkan berat badan kerana dapat mengurangkan rasa lapar.

✎ Minda sentiasa ceria serta lebih fokus dalam melakukan sesuatu.

✎ Mengelakkan stress dan emosi lebih stabil.

Sumber: Gen-Q;Isu 39

Tips Bagi Yang Nak Kuruskan Badan

Bagi anda yang mahu turunkan berat badan, seelok-eloknya minum air 2-3 liter air sehari. Ataupun, anda boleh gunakan seperti yang disarankan di bawah ini:-

Berat badan = 25kg

Jumlah Air Yang Diperlukan = 1 liter

Jumlah air yang diperlukan bergantung kepada berat badan anda! Jika berat anda 75 kg, anda perlukan 3 liter air masak dalam sehari.

 
Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA 013-9692915
Shaklee Kemaman/Kuala Terengganu
Pos Seluruh Malaysia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Promosi Vitamin C Januari 2021

  Assalamualaikum dan selamat petang. Dah lama tak update kat sini ye. Hari ini, Kakyus nak bagitau Shaklee ada buat Promosi Vitamin C tau! ...