Thursday, 11 December 2014

Puding Laici Lemak Berkrim Kegemaran Ramai

Puding Laici lemak berkrim disukai ramai!! Panjang benor tajuk entry kali ni... Hari ini saya nak kongsikan Resepi Puding Laici kegemaran saya sekeluarga.

Sebenarnya, resepi ni dikongsikan oleh sahabat saya Pn. Junita. Resepi sebenar namanya  Puding Trutty Fruity. Patut ada buah-buahan segar sebagai hiasan, tapi sebab rajin sangat...saya letak laici je.. pantas!! Hihihi..

Resepi Puding Laici (Trutty Fruity)

1/2 paket agar-agar kering
2 cawan gula
2 liter air
1 tin laici ( dikisar halus bersama sirapnya)
1 tin susu cair
1 paket Coffeemate sedang (225g)
1 tin laici sebagai hiasan. (Resepi asalnya guna hirisan kiwi dan strawberi.)

Cara-caranya:

1. Didihkan air bersama-sama agar-agar.
2. Setelah agar-agar hancur, masukkan gula. Kacau hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan laici yang telah dikisar bersama-sama sirapnya.
4. Masukkan pula susu cair dan coffemate. Kacau hingga sebati.  Pastikan api dapur tu tak terlalu besar ye, takut nanti berketul plak.
5. Bila dah sebati, tutup api dan biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Saya suka guna bekas kecik-kecik. Mudah nak makan.
6. Tuang puding tadi ke dalam bekas pilihan anda. Bila dah sejuk, bolehlah hias dengan laici atau buah-buah campuran yang lain.

Puding Laici Pilihan Ramai
Puding Laici dalam bekas kecik, senang nak makan katanyer!

Bahan Puding Laici
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Puding Laici yang bestt!

Mudahkan?? Memang sangat digemari ramai Puding Laici ni..
Selamat Mencuba!!


 
Shaklee Independent Distributor (1077459)
SMS/WA/ Telegram 013-9692915

No comments:

Post a Comment

LinkWithin